Aktiviti Pelajar :
- Memastikan penganjuran sukan yang melibatkan semua fakulti atau kolej sekurang- kurangnya sekali setiap tahun.
- Memastikan penglibatan 80% pelajar dalam kegiatan sukan dan rekreasi.
- Memastikan pembetukan pasukan Universiti untuk menyertai program- program MASUM dan kejohanan- kejohanan luar.
- Memastikan pemberian skim insentif hadiah kemenangan sekurang- kurangnya 30 hari selepas kejohanan.
- Menganjurkan sekurang- kurangnya 10 kursus asas/ pengenalan sukan setahun.
Kemudahan Sukan :
- Memastikan borang tempahan gelanggang yang telah dihantar akan diproses segera.
- Memastikan borang pinjaman peralatan yang telah dihantar akan diproses segera.
- Menyediakan kemudahan dan peralatan untuk pelajar dan staf.
- Memastikan kemudahan dan peralatan sukan selamat digunakan.
Ko-Kurikulum
- Memastikan kemudahan pembelajaran dan peralatan yang mencukupi.
- Memastikan keputusan Ko-Kurikulum dihantar ke Pusat Ko-Kurikulum Pelajar 7 hari selepas kelas terakhir.
Umum
- Sentiasa memberi perkhidmatan sukan yang mesra dan berkualiti.