Tranfomasi governan Pusat Sukan perlu dilakukan bagi memperkukuh dan memperluas peranan, objektif dan dasar yang ditetapkan. Tranfomasi governan Pusat Sukan dibuat bersesuaian dengan perubahan fungsi dan dasar serta perancangan RMK-12, 2020 – 2025 . Tranfomasi governan Pusat Sukan yang akan dilaksanakan ini akan melibatkan pengembangan struktur fungsi dan perjawatan yang sedia ada.
Tranformasi governan ini akan melibatkan pengklasifikasikan kampus kepada tiga kategori ;
- Kampus Strategik
- Kampus Utama
- Kampus PFI
Struktur Pusat Sukan telah dibahagikan kepada 6 unit iaitu;
- Unit Pentadbiran dan Operasi
- Unit Pembangunan Sukan
- Unit Penggalakkan Sukan
- Unit Perhubungan dan Media
- Unit Kecemerlangan Sukan
- Unit Pengurusan Acara dan Tugas-Tugas Khas
Sektor Kecemerlangan Sukan akan dikembangkan dan diperkukuhkan lagi bagi mempertingkatkan kecemerlangan sukan di universiti. Sektor kecemerlangan akan ditambah fungsi tambahan. Fungsi ini termasulah pembangunan sukan universiti, pembangunan sukan bola sepak , Akademi Bola Sepak Negara, Pusat Sukan Tumpuan, Program Kecemerlangan Sukan Tumpuan (PIKAT), Pusat Pembangunan Sukan Serantau dan perlaksanaan MOU. Sektor kecemerlangan juga akan melaksana pembangunan sukan atlet prestasi tinggi , penyediaan atlet, pencarian atlet, kebajikan, insentif, program latihan, penyertaan, program 1MDAB, biasiswa, peralatan dan kemudahan.
Sektor Penggalakan akan menumpukan kepada penggalakkan sukan lelaki dan wanita serta pembangunan sukan. Sektor Penggalakkan Sukan akan ditambah fungsi dengan melaksana program Kampus Bersukan (sporting campus), program kelab dan persatuan , sukan rekreasi, kayak, Varsiti Boat Race, Sukol (Sukan Antara Kolej), SAF (Sukan Antara Fakulti ) dan Ladies Nite.
Sektor Pentadbiran dan Operasi akan memberi penekanan dan perlaksanaan empat ( 4 ) unit utama iaitu Unit Perhubungan dan Media, Unit Pengurusan Acara, Unit Kemudahan Sukan dan Unit Pentadbiran dan Kewangan. Empat ( 4 ) unit ini adalah pengerak kepada governan Pusat Sukan. Peningkatan perlaksanan program yang berimpak tinggi, perhubungan dengan pihak media dan publisiti sukan universiti, pembangunan fizikal kemudahan dan peralatan pengurusan kewangan, perolehan serta pembangunan sumber manusia akan mengembangkan fungsi dan peranan sektor ini.