Piala FA UiTM 2015 sampai kemuncaknya setelah pasukan FSPU A menjadi juara bagi edisi kali ini. Dengan mengekalkan beberapa muka lama dalam membarisi perlawanan akhir menyaksikan pasukan FSPU A mudah menjinakkan pasukan FKM B dengan jaringan 2-0. 

Sebaik sahaja wisel mula dibunyikan, pasukan FSPU A mula mengasak kubu pihak lawan dan akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama seawal minit kesepuluh.Pasukan FKM B terus tertekan setelah pihak lawan sekali lagi menambah jaringan gol 5 minit berselang.Kejohanan yang diadakan secara tertutup untuk pelajar UiTM Kampus Selangor ini bertujuan bagi meningkatkan kegiatan 'sporting campus' di dalam kampus UiTM disamping mencungkil bakat baharupemain bola sepak di UiTM.Menggunakan format 'winner pool' dan 'looser pool', kejohanan ini dijangka mampu untuk mencungkil bakat baharu di dalam sukan bola sepak untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi dengan bermain bersama pasukan UiTM.