Unit Sukan Institut Teknologi MARA telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan diterajui oleh Encik Idris Noordin. Pada tahun 1976, Tuan Haji Ameran Rerah dilantik sebagai Ketua Unit Sukan.

Tahun 1992 perubahan pucuk pimpinan kepada En. Mustaza Ahmad sebagai peneraju Pusat Sukan sehingga kini. Pada tahun 2001, Unit Sukan UiTM Shah Alam telah dinaiktaraf kepada Pusat Sukan yang mana tanggungjawab sebagai Pusat menjadi lebih besar merangkumi keseluruhan pembangunan sukan Universiti Teknologi MARA.