Karnival Sukan Badan Berkanun (SUKANUN) 2019 secara rasminya akan berlangsung pada 19 hingga 26 Julai 2019 bertempat di sekitar Lembah Kelang. Sebanyak 62 agensi sudah mengesahkan penyertaan dan juara SUKANUN 2017, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) masih lagi tampil dengan menyertai kebanyakan acara yang dipertandingkan. SUKANUN 2019 merupakan anjuran bersama antara Universiti Teknologi MARA, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Lembaga Hasil Dalan Negeri Malaysia, Majlis Sukan Negara dan Universiti Islam Antarabangsa. Semua acara akan berlangsung di Shah Alam, Subang Jaya, Klang dan Bukit Jalil. Universiti Teknologi MARA Shah Alam akan menjadi lokasi untuk semua acara rasmi SUKANUN 2019.