Pasukan UiTM berjaya menjadi juara Langkawi Extreme Challenge (LEC) yang telah diadakan pada 7-8 Nov yang lepas. Azam Mohd Shidid, Shaheera Rosli, Ahmad Mustapha dan Ain Nurfitrah Asror berjaya menamatkan tiga displin lasak dengan catatan masa 3 jam 44 minit dan 58 saat.

Pasukan UiTM Terengganu pula berjaya berada di tempat ketiga sekaligus mengharumkan nama UiTM di bumi Langkawi di dalam kejohanan yang masuk edisi ketujuh ini.