uitmfc1.jpg - 96.9 kb

Pasukan bola sepak UiTM FC mencipta sejarah apabila layak bermain di CIMB Liga Super Malaysia 2020 buat kali pertama. Ini seterusnya mencatatkan sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai “First University To Play In All Malaysia Football Leagues”. Empat perlawanan telah diharungi menyaksikan pasukan UiTM FC tewas dua perlawanan pertama dengan pasukan Melaka FA dan JDT serta seri menentang pasukan Kedah FA dan seterusnya menang ke atas pasukan PDRM. CIMB Liga Super Malaysia 2020 ditangguhkan buat sementara waktu dan akan bersambung pada satu tarikh yang baharu.