Universiti Teknologi MARA (UiTM) mendominasi Karnival Sukan Masum Fasa I, yang berlangsung di UiTM Cawangan Perlis bermula 30 Januari hingga 6 Februari 2020 dengan mengutip 22 pingat emas, 17 perak dan 10 gangsa.

 

UiTM muncul sebagai juara keseluruhan dengan mengatasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berada di kedudukan kedua dan seterusnya meninggalkan pencabar-pencabar lain.

Pasukan Karatedo UiTM mengutip (3 emas, 2 perak, dan 2 gangsa), catur (4 emas, 1 perak dan 2 gangsa), woodball (4 emas, 1 perak dan 1 gangsa) dan silat (6 emas , 2 perak) beraksi dengan cemerlang kerana masing-masing menjadi juara keseluruhan bagi acara-acara tersebut.

Masum Fasa I mempertandingkan 11 acara sukan, dan UiTM telah menghantar kontingen seramai 184 orang atlet dan 29 pegawai terlibat pada temasya sukan ini.

Menurut Ketua Kontinjen UiTM, Haji Mohd Fisol Haji Saud juga merupakan Timbalan Pengarah Pusat Sukan UiTM kejayaan mengungguli sukan Masum Fasa I ini adalah sokongan yang berterusan dari pihak Pengurusan tertinggi UiTM, latihan pusat yang berkala dan semangat juang yang tinggi oleh para atlet UiTM serta jurulatih pasukan.

Lebih manis lagi UiTM mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada tahun 2018 dan 2019 serta berharap UiTM akan terus cemerlang pada Sukan Masum Fasa 2, yang akan berlangsung di UiTM Shah Alam pada bulan Julai dan seterusnya misi untuk muncul Juara SUKIPT edisi 2020 nanti.