KATA ALUAN PENGARAH
Bismillahirrahmannirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Hormat dan Selamat Datang kepada semua pengunjung laman web Pusat Sukan ini.
Seperti yang kita telah ketahui bahawa kesihatan adalah perkara yang sangat penting pada masa kini. Salah satu perkara bagi penjagaan kesihatan adalah bersukan. Aktiviti bersukan ini bukan sahaja menjadikan tubuh badan kita yang sihat bahkan minda kita akan sihat dan dapat melakukan aktiviti harian dengan lancar. Oleh itu, bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang, UiTM telah menjadikan aktiviti sukan ini salah satu aktiviti yang penting di mana pelajar-pelajar haruslah menjadikan aktiviti bersukan sebahagian daripada aktiviti harian mereka. Pusat Sukan telah diberi mandat untuk membantu UiTM melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dengan menyediakan pelbagai kemudahan sukan dan juga menganjurkan program-program sukan kepada semua pelajar. Dengan adanya laman web ini, Pusat Sukan berharap agar ianya dapat memudahkan semua warga UiTM serta pengunjung luar mudah untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan dengan kemudahan sukan dan juga program-program yang kami anjurkan.
Akhir kata, saya berharap agar laman web rasmi Pusat Sukan akan dapat membantu memberikan seribu satu informasi kepada smua pengunjung.
Selamat melayari laman web PUSAT SUKAN UiTM.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
AHMAD TARMIZY MOHAMMED
Pengarah
Pusat Sukan
Universiti Teknologi MARA
Pengarah
Pusat Sukan
Universiti Teknologi MARA